I HAVE MIND POWER AND ALWAYS THINK POSITIVE

Feb 10, 2015

Anugerah Pengganti Gula

RM 68BELI BORONG DI
MAHAYA BEAUTY CENTRE


Kini, Anda Boleh Menikmati Makanan Kegemaran - Tanpa Risiko Gula Yang Memudaratkan Kesihatan.

Bayangkan juadah manis dan lazat dihidangkan di depan anda sekarang...

...kek coklat moist dengan aiskrim… ditambah dengan ‘milk shake’ dan durian crepe yang manis dan berkrim….

...kemudian kerangupan coklat cip yang baru keluar dari oven atau kelazatan teh tarik yang berbuih-buih di dalam gelas besar…

Dengan hanya memikirkan makanan-makanan sedap ini boleh membuatkan anda terliur. Kesedapan yang boleh membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk keluar ke gerai berdekatan untuk menikmatinya. Atau anda boleh buat segera di rumah.

Namun, ada di antara anda yang terpaksa menahan godaan ini. Ini kerana anda takut untuk menikmati makanan-makanan manis seperti juadah pencuci muka yang tinggi kandungan gula dan lemak, dengan nilai kalori yang boleh membuatkan anda menghidap kencing manis!

Terlalu banyak gula dalam makanan bukan hanya menyebabkan anda gemuk, malah boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan anda!

Tetapi bagaimana jika anda boleh menikmati kesemua makanan yang anda idamkan tanpa perlu risau dengan kandungan gula?

Dengan penemuan terbaru dalam sains pemakanan, menikmati makanan kesukaan anda yang mempunyai kandungan gula yang tinggi bukan lagi sesuatu yang perlu dielakkan, tetapi perlu dijamah dengan sepuas-puasnya!

Ini kerana anda dapat merasai kemanisan yang lebih manis daripada gula…dan juga menyihatkan.

Anda Boleh Merasai Kesedapan Makanan Anda Dengan Menambahkan 'Pemanis' ni Ke Dalam Makanan dan Minuman Anda!

Pengganti Gula Anugerah adalah pemanis yang dihasilkan daripada ekstrak bahan aktif tebu yang bernama sukralos. Ianya tiada kalori, oleh itu ianya tidak diproses oleh badan sebagai gula dan tidak mengganggu keseimbangan paras gula di dalam darah.

Di antara kelebihan-kelebihan utama Pengganti Gula Anugerah berbanding gula biasa adalah:

- 600 kali lebih manis daripada gula biasa tanpa membahayakan kesihatan
Boleh dinikmati tanpa perlu risau dengan kandungan gula kerana ianya tidak mengandungi kalori dan mengganggu keseimbangan paras gula di dalam darah.

- Menjadikan makanan anda lebih sedap
Bahan aktif tebu atau sukralos menyerlahkan rasa makanan dan minuman anda, jadi anda dapat menikmati kesedapan dan kemanisan juadah kegemaran anda.

- Mudah dibawa ke mana-mana sahaja
Saiz botol yang kecil memudahkan anda memuatkan Pengganti Gula Anugerah di dalam poket atau beg tangan dan sesuai digunakan apabila keluar makan atau jamuan.

- Membantu menurunkan berat badan
Anda boleh mendapatkan bentuk badan yang diidamkan kerana Pengganti Gula Anugerah tidak mengandungi kalori yang boleh menaikkan berat badan.

- Penjimatan yang menyihatkan
1 titis Pengganti Gula Anugerah adalah bersamaan dengan 2 sudu teh gula biasa. Anda bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan untuk gula malah dapat menjimatkan kos perubatan merawat penyakit.

Kandungan:10 ml cecair ekstrak bahan aktif tebu (sukralos)

Cara penggunaan:Titis 1-2 titis Pengganti Gula Anugerah ke dalam makanan dan minuman anda. Setiap botol boleh menghasilkan lebih kurang 250 titis.

FAQ:
S: Apakah Pengganti Gula Anugerah (PGA)?J: Pengganti Gula Anugerah adalah pemanis tanpa kalori yang boleh diambil untuk mengurangkan penggunaan kalori dan karbohidrat dari gula. Ia diekstrak melalui proses yang dipatenkan dari tebu yang 600 kali lebih manis daripada gula. Ia sesuai untuk semua jenis makanan dan minuman samada panas atau sejuk.

S: Kenapa ia tidak mengganggu keseimbangan paras gula di dalam darah?J: Gula menghasilkan kalori yang akan ditukarkan kepada tenaga untuk kegunaan sistem badan. Ketidakseimbangan akan berlaku sekiranya hormon insulin yang mengawal paras gula dirembes dengan banyak kerana banyak makanan bergula diambil. Ini menyebabkan seseorang menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa inginkan makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik dan mengundang pelbagai penyakit kronik seperti diabetis atau kencing manis.
Pengganti Gula Anugerah tidak mengandungi kalori, jadi ianya tidak ditukarkan kepada tenaga dan tidak menaikkan paras gula di dalam darah.

S: Adakah Pengganti Gula Anugerah sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah kesihatan?J: Ia boleh diambil oleh semua termasuk mereka yang yang sensitif dengan pengambilan makanan yang manis. Ia juga baik untuk mengurangkan pengambilan gula berlebihan di kalangan kanak-kanak yang sering mengalami masalah berat badan dan kerosakan gigi.

S: Berapa banyak sukatan Pengganti Gula Anugerah ke dalam makanan?J: Anda boleh titis 1-2 titis Pengganti Gula Anugerah ke dalam makanan dan minuman anda. Ia juga sesuai untuk menggantikan gula di dalam masakan.

S: Adakah ia berasa pahit seperti pemanis-pemanis lain?J: Tidak. Ia tidak berasa pahit selepas ditelan kerana Pengganti Gula Angerah dihasilkan di dalam bentuk cecair.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...