I HAVE MIND POWER AND ALWAYS THINK POSITIVE

Feb 22, 2012

Aura Seri





Aura Seri adalah produk aromaterapi yang terbaik yang pernah diwujudkan di Malaysia kerana kelebihannya dari pelbagai segi terutama bagi sesiapa yang inginkan sesuatu kelainan dalam membentuk peribadi yang lebih baik dan menjadi seseorang yang positif dari pelbagai segi.

Aura Seri terhasil dari ilham Datin Ira Ghani dan telah diformulasikan oleh Prof. Dato' Dr. Ibrahim Ahmad. Ianya diperbuat dari gabungan 7 jenis pati bunga yang bermutu tinggi.

Aura seri telah dipasarkan sejak 2003 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak yang telah menggunakannya terutamanya yang tahu dan memiliki ilmu tentang kebaikan dan kelebihan Aura seri.

Tidaklah semua orang yang dapat menjual dan memasarkan Aura Seri dengan sewenang2nya, kerana hanya segelintir sahaja Insan bertuah yang boleh menjualnya di pasaran kerana ianya adalah terlalu unik dan begitu mahal dari segi kualitinya. Begitupun Aura Seri dijual dengan harga yang sangat murah memandangkan ianya untuk kesejahteraan dan menjadikan orang lain lebih positif. Ini adalah kerana tidak ada yang lebih baik melainkan melihat kebaikan setiap orang yang membeli dan menggunakan aura seri.

Keterangan mengenai Aura seri yang terdapat dalam web www.auraseri.com.my



Produk Aura Seri

Aura Seri telah dianugerahkan pengiktrafan antarabangsa oleh International Institute of Health Science sebagai satu produk yang sangat berkesan dan diperakui oleh pengamal-pengamal kesihatan. Aura Seri adalah produk yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk dalam keadaan kecemasan. Kita sebagai masyarakat Melayu mempercayai bahawa mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.

Aura Seri dapat memberikan kekuatan diri daripada unsur-unsur halus dan negatif. Tidak dinafikan bahawa masyarakat kita percaya kepada sihir, dengan penggunaan Aura Seri ianya dapat menguatkan diri pemakai dari unsur-unsur seperti ini. Aura Seri juga dapat digunakan untuk merawat luka-luka kecil yang berlaku dan dapat menghentikan pendarahan kecil dan dapat mengelakkan parut.

Cara penggunaan Aura Seri pula adalah mudah dan ianya boleh digunakan dengan pelbagai cara. Anda boleh menggunakan ketika sedang mandi dengan menitiskan ia ke dalam air mandian. Sekiranya anda bekerja, ianya boleh dibawa dan anda boleh menyapukan Aura Seri ini kepada wajah anda. Ia secara tidak langsung akan merembeskan aroma kepada anda dan menjadikan hari-hari anda di tempat kerja akan bertambah baik. Titikkan 3-7 titis untuk alami mandian kerohanian yang menakjubkan adalah menyamai kekuatan mandi bunga yang mampu membersihkan aura anda yang kotor, busuk, bocor, panas, kusam serta tidak bermaya yang menyebabkan wajah anda suram, pucat, tiada seri, kurang keyakinan diri, malang asyik menimpa diri, murung, stress, serta kurang diminati.

Kebaikan Aura Seri

  • Menaikkan seri wajah
  • Meningkatkan proses awet muda
  • Memberikan ketenangan ke tahap alpha
  • Memelihara kesabaran dan kerohanian diri dalaman
  • Tampil lebih berkeyakinan dan bekarisma tinggi
  • Menguatkan daya penarik anda
  • Menstabilkan emosi, spiritual, mental dan fizikal
  • Mengubah personaliti dan pemikiran ke arah yang lebih positif
  • Meredakan stress dan kemurungan
  • Membantu tidur nyenyak ke tahap Delta
  • Mengharumkan aura tubuh anda
  • Perlindungan psikik dan gangguan unsur-unsur asing
  • Meningkatkan kecerdasan keharmonian diri yang tinggi

Cara Penggunaan Aura Seri

Aura Seri boleh digunakan dengan pelbagai cara. Ia boleh diamalkan dengan mandian rendaman. Caranya ialah titiskan Aura Seri ke dalam tab mandian sebanyak 7 titik dan anda boleh berendam selama 20 minit di dalamnya. Kemudian air mandian tadi haruslah dibuang kerana ianya tidak boleh digunakan untuk orang lain.

Seterusnya Aura Seri boleh digunakan sebagai bilasan terakhir. Caranya ialah mandi dahulu seperti biasa. Selepas selesai, titikkan aura seri ke dalam baldi berisi air sebanyak 3-5 titik. Biarkan selama 2-3 minit dan anda boleh menggunakan air itu sebagai bilasan terakhir anda. Sekiranya anda mempunyai kolah mandi, titikkan sahaja Aura Seri ke dalam kolah mandian sebanyak 3,5 atau 7 titik. Anda boleh mandi seoerti biasa menggunakan air tersebut.

Cara yang paling mudah ialah sapuan pada wajah. Sebelum tidur, pastikan muka dicuci dahulu. Semasa muka dan tapak tangan basah, titikkan Aura Seri setitik di tapak tangan. Gosokkan tapak tangan dan sapukan pada wajah. Setiap kali penggunaan Aura Seri haruslah disertakan dengan niat yang positf.

*Penggunaan yang berterusan amatlah digalakkan.


0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...