I HAVE MIND POWER AND ALWAYS THINK POSITIVE

Sep 8, 2011

Terlanjur sudah



Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. 
Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang ‘bercekerama’. 
Maka berdirilah bulu roma Si Amin. 
Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.  
Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. 
“Abang macamana kalau saya hamil nanti? 
Abang kena bertanggung jawab.” 
“Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, ” jawab si lelaki..  
Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, “Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! 
Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!


Agak2 korang apa la agaknya pasangan tersebut akan buat???

Sep 7, 2011

Hilangnya 'MEMAHAMI' kerana Musnahnya Kepercayaan



Kita seringkali jatuh cinta dengan orang2 di sekeliling kita. Itu adalah sesuatu yang positif kerana kita perlu 'mencintai setiap manusia di sekeliling kita supaya dapat meraih Dar As-Salaam'.

Kerana mencintai orang lain juga kita akan menaruh kepercayaan kepadanya sehinggakan 100% kita berikan padanya. Apabila kita memberinya 100% kepercayaan kadangkala akan memberikan masalah kepada kita.

Akan tetapi sedarkah kita bahawa kepercayaan yang melampaui batasan akhirnya akan terkubur dengan kesedihan yang amat pedih kerana kita tidak akan dapat menjangka sesuatu yang di luar batas akal fikir kita.

Apabila saja kita menaruh kepercayaan sedemikian, orang yang kita percayai tersebut akan mengambil segala peluang yang ada untuk menjatuhkan kita dalam mana kita tidak sedari akan perbuatannya. Contohnya dia adan cuba menipu dan memperdayakan kita dengan pelbagai kaedah seperti pujuk rayu dan mereka cerita.

Kita yang ingin memahami kononnya akan mengikuti apa saja yang dikatakan oleh orang yag kita cintai walaupun ianya adalah penipuan semata2.

Dan lama kelamaan kita akan sedar dan segala bentuk penipuan tadi akan terbongkar dengan sendirinya.

Akhirnya 'memahami' orang yang kita cintai selama ini musnah serta remuk redam serta hancur luluh begitu sahaja.

Setelah itu barulah kita sedari bahawa kepercayaan yang penuh bukanlah jalan yang terbaik bagi memahami seseorang.

Untuk memahami seseorang kita memerlukan masa yang amat lama, pengorbanan yang banyak serta keikhlasan yang mendalam. Selain itu kita juga perlu ada sikap mencurigai supaya kita tidak terlalu mengikut kepercayaan hasil dari pandangan mata kasar yakni pandangan luaran semata2.

Kita perlu mengetahui isi hati dan hal dalaman serta sejarah dan kisah silam orang yang kita cintai supaya kita akan lebih memahami dari sudut dalaman. Dengan itu barulah kita akan terhindar dar sebarang bentuk penganiayaan dan penipuan serta rekayasa cerita agar tidak hilang kepercayaan malah kita akan lebih memahami sesiapa jua yang kita cintai. - ADMP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...