I HAVE MIND POWER AND ALWAYS THINK POSITIVE

Aug 25, 2011

MataKu DiLASIK


Ketika umur Tam 14 tahun Tam terpaksa memakai kaca mata atau bahasa mudahnya Spek mata kerana rabun. Hitung panjang power rabun mata Tam ialah 400. Tinggi kan?

Setelah terpaksa memakai spek mata, Tam agak susah untuk melakukan pelbagai aktiviti yang selalu dilakukan oleh remaja sebaya Tam pada masa tu.

Nak main bola susah, nak mandi sungai pun susah, nak panjat pokok pun kena hati2, bawak motor waktu hujan pun menjadi satu masalah.

Jadi sejak dari tu, Tam mula berfikir dan berangan agar satu hari nanti Tam x perlu pakai spek mata lagi sampai bila2 pun supaya Tam boleh lakukan banyak aktiviti yang agak lasak seperti bermain futsal dan sebagainya.

Hari2 setiap bangun pagi dan sebelum tidur malam Tam akan mengingatkan diri dan membayangkan pada suatu hari nanti tam tak perlu lagi pakai cermin mata.

Setelah tamat pengajian diploma Tam akhirnya Tam dapat keje kat KL sampai hari ni.


Pada tahun 2008 bermulalah sejarah dan perubahan dalam hidup Tam apabila mata yang mengalami kerabunan telah dilasik di TLC (The Lasik Centre) oleh Dr. Wong, seingat Tam pada bulan 2 kot.





Jadi setelah dilasik, mata Tam pulih seperti sediakala sampailah pada hari ni. So tam dah boleh lakukan pelbagai aktiviti yang selama ini terbantut dek kerana kaca mata.

Fuh abih dekat RM4000 gak la lasik mata punya pasal. Tapi tak jadi masalah bagi Tam kerana apa yang penting kita dapat melihat seperti sediakala tanpa memerlukan bantuan alatan untuk hilangkan rabun dan dapat melihat.


Tam nasihatkan kepada semua yang memakai cermin mata dan mengalami kerabunan agar melakukan Lasik kerana ia adalah suatu kaedah yang dijamin selamat dan tidak memerlukan kos yang tinggi.


Jangan mudah percaya kepada dakyah orang yang tidak melakukannya kerana mereka takut dan tidak yakin pada diri.

Kepada sesiapa yang ingin melakukannya boleh hubungi saya dan saya akan membawa anda ke tempat lasik tersebut supaya anda dapat melihat sendiri. 

Aug 23, 2011

Lawak Tak sedar diri


Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang..
Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..  


Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,  


Babi : Eish, boring la plak kan kerbau.. 


Kerbau : A’Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie.. 


Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao. 


Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau. 


Babi : Ok. Kau dok diam2.. 5 minit kemudian……  


Babi : Hah, dah siap, nah.. 


Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..  


Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi.. 5 minit kemudian…  


Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni.. 


Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau??? 


Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati) 


Babi : Nie bukan muke aku… Nie muke BABI..


Aku ciplak je cite ni dalam web...tah pape tah

Aug 21, 2011

Samazon Enerdy Pendent





Harga RM696



URD Samazon 769 – The Wholesome Life

7 represents people/networking/socializ



ing, human resources are your potential assets. 6 represents wealth and money, 9 represents 


success, longevity, prosperity.


Antara kebaikan lain:-

Baik untuk menarik orang ramai terutama yang membuat networking

Memberikan tenaga kepada pemakai

Meningkatkan kualiti tidur

Mencegah penyakit berbahaya


URD Samazon 9$9 – Wealth Creation / Accumulation/ Investment

9 represents success and 6 represents wisdom/money. This energy pendant is meant to help 


those who has vacuum star and would like to retain and multiple the wealth they have 


created.


Bagaimana Menjadi Magnet Wang



Pastikan dengan jelas jumlah wang yang anda mahukan. Nyatakan dan maksudkannya. Jangan fikir berapa akan dapat, tapi fikir berapa yang anda nak terima.

Cintakan wang. Kebanyakan oraang tidak mencintai wang, kerana mereka merasakan tidak pernah cukup wang.

Gambarkan dan bayagkan yang anda telahpun memiliki jumlah wang yang anda mahukan.

Bercakap, bertindak dan fikirkan dalam minda anda yang anda telahpun menjadi kaya. Padamkan dan hilangkan semua perkataan negatif seperti 'aku tidak mampu', 'ia terlalu mahal'.

Jangan bercakap atau fikir yang anda sentiasa kurang wang walaupun sesaat.

Bersyukurlah dengan wang yang anda ada. Hargainya setiap kali anda menyentuhnya.

Buat senarai tentang apa yang anda ingin beli dengan jumlah wang anda yang banyak.

Lakukan apa sahaja yang boleh membuatkan anda merasa kaya.

Yakinkan diri anda setiap hari bahawa anda mempunyai banyak wang dan ianya datang denga mudah kepada anda.

Hargai setiap kekayaan di sekeliling anda, termasuk kekayaan orang lain. Cari dan lihat kekayaan di mana jua anda pergi, dan hargainya.

Pastikan dengan yakin yang wang sentiasa datang kepada anda.

Cintai diri anda sendiri dan ketahuilah yang anda memang patut memiliki wang yang banyak.

Ingatkan diri anda setiap hari bahawa anda adalah magnet wang, dan tanyakan diri anda, anda sedang menarik wang ke arah anda atau sedang menolaknya dengan minda anda?

Sentiasa, sentiasa, sentiasa hargai diri anda dahulu dengan upah yang anda dapat hasil dari kerja anda, sebelum membayarnya kepada orang lain. Dalam erti kata lain anda memberitahu dunia bahawa kamu hebat dan memang patut kamu memiliki apa yang kamu dapat.

Ulang dan ulang setiap hari 'aku adalah magnet wang dan wang datang kepadaku mencurah-curah tanpa henti dan dengan mudahnya'.

Tuliskan sekeping cek atas nama anda sendiri dengan jumlah wang yang anda mahukan, dan sentiasa bawa kemana sahaja anda pergi. Lihat cek tersebut dengan kerap.

Lakukan apa sahaja yang akan membuatkan anda merasa seronok. Emosi yang hebat dan positif dan penuh dengan kegembiraan akan menjadikan anda seorang magnet wang yang hebat. Jadi bergembiralah.

Cintai diri sendiri.

Kekayaan datangnya dari dalam minda anda. Ianya datang dan pergi berdasarkan apa yang anda fikirkan. 
Ubah minda anda sekarang dan uabah kehidupan anda.

Aug 19, 2011

Bahaya Sihir



Diriwayatkan dari Aisyah r.a katanya ' Rasulullah SAW telah disihirkan oleh seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A'sham sehingga terbayang oleh Rasullullah SAW bahawa baginda melakukan sesuatu yang baginda tidak lakukan, hingga pada suatu haribaginda berada di sisiku tetapi baginda terus berdoa dan kemudian berkata, ''Wahai Aisyah, apakah kamu merasakan bahawa Allah SWT telah memberikan fatwa tentang apa yang aku mintakan fatwa kepadaNya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki kemudian salah seorang duduk berdekatan kepalaku dan yang seorang lagi berdekatan kakiku, lalu salah seorang berkata kepada temannya, ''Sakitkah orang ini?'' Temannya berkata, ''Disihir.''
Dia bertanya ''Siapa yang menyihirnya?'' Temannya menjawab ''Labid bin al-A'sham.'' Dia bertanya ''Di mana ia berada?'' Temannya menjawab ''Di perigi Zarwan.''

Rasulullah SAW mendatanginya bersama beberapa orang sahabat baginda. Kemudian Rasullullah SAW datang seraya berkata '' Wahai Aisyah, airnya seperti celupan daun henna (berwarna merah) dan kepala kurmanya seperti kepala syaitan.''


Zaman moden ni penuh dengan cabaran. Pelbagai rintangan, dugaan dan ujian yang perlu kita lalui. Setiap hari kita akan berdepan dengan pelbagai masalah yang berkemungkinan besarnya kita yang cari sendiri, atau dalam erti kata kita yang create semua masalah tersebut melalui attraction barangkali!

Akan tetapi adakah semua masalah tersebut datang disebabkan kita sendiri atau ada orang lain yang menciptanya bagi pihak kita? Persoalan ini agak sukar untuk dijawab. Anda sendiri yang perlu menjawabnya.

Pernah suatu masa atam meminta dan memohon supaya atam terkena buatan orang atau dalam erti kata disihir orang. Nah kenapa atam pelik sampai meminta yang bebukan? Jawapannya sebab atam nak tau kalau kita terkena sihir apa akan jadi dan bagaimana rasanya.

Sihir dan permainan makhluk halus rupanya bukan sebarang mainan yang kita boleh permainkan. Sekali terkena ianya sukar untuk dibuang dan dihindari, kerana ianya ada di mana2. Atam pernah dibuat oleh 2 orang sekaligus...wah bunyinya dasyat kan? Tapi yang terkena dan yang mengalaminya sendiri sahaja yang tahu betapa teruknya bila dah terkena.

Kita ibarat seperti orang yang bodoh yang hanya tunduk dan mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh orang yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Memang tidak dinafikan bahawa sihir terdapat pelbagai jenis, dan alhamdulillah sihir yang kena pada diri atam jenis yang x kuat sangat.

Ini kerana terdapat pelbagai jenis sihir yang diamalkan oleh si tukang sihir, antaranya sihir pegikat, sihir percintaan, sihir minda, sihir rumahtangga, sihir penyakit dan pelbagai lagi jenis sihir.

Begitu juga sihir yang jenis santau dan saka. Ianya juga adalah sihir kerana ada yang membabitkan dan melibatkan makhluk lain sebagai perantaraan seperti jin dan syaitan.

Bagi yang mempunyai saka juga, ada yang mengatakan ianya boleh, ada juga yang jelas mengatakan tidak boleh. Bagi sesetngah orang yang mempunyai saka terdapat sedikit keistimewaan yang dikatakan seperti pandai mengubat, berkebolehan untuk mengurut dan pelbagai lagi. Ada terdapat saka yang baik dan ada juga saka yang tidak baik. Masalahnya kalau yang terkena pada kita mahupun ahli keluarga kita suatu saka yang tidak baik maka alamatnya hancur dan kacau bilaulah kehidupan kita. Mainan syaitan dan iblis ni kita kena beringat dan bukan sebarang mainan.

Dan yang paling sedihnya sihir yang digunakan untuk menghancurkan kedamaian dan keamanan rumah tangga orang lain. Kenapa kita harus tunduk dan lemah dengan kedengkian makhluk halus? Sedangkan kita sebagai manusia adalah lebih mulia dari mereka? Mengapa kita turut berdengki dan bersekutu dengan makhluk jahat supaya rumah tangga orang lain hancur dan punah? Kebanyakan kes yang Atam jumpa tentang hal disihir supaya rumah tangga kacau bilau adalah amat memilukan hati sesiapa yang mengetahuinya. Cukup sedih dan tertanya2 kenapa dan mengapa kita harus dengki dengan kebahagiaan orang lain?

Setelah sekian lama, Atam diperbodohkan dan dalam permainan sihir, maka Atam tersedar dari 'tidur' yang panjang. Mungkin telah tiba masanya untuk Atam menjadi seseorang yang dapat berjasa kepada masyarakat.

Maka Atam pun berdoa dan memohon kepada Allah agar menemukan dengan seseorang yang boleh membuang dan merawat diri Tam. Dan Alhamdulillah dalam sekelip mata Atam berjumpa dengan 'seseorang' yang boleh membuang segala benda tadi.

Atam sangatlah berterima kasih pada beliau kerana telah merawat dan memulihkan kembali diri Atam...dan segala yang pernah Atam 'ada' balik semula...Alhamdulillah.

Segalanya bermula setelah Atam menghadirkan diri untuk mengambik kursus sebagai Reiki Master. Dalam kursus tersebut Dato Ibrahim pernah berpesan 'Kamu akan dapati banyak kebenaran yang akan terbongkar, tapi sabarlah dalam menghadapi segala dugaan tersebut.' Dan memang telah banyak kebenaran yang terbongkar dengan Izin dari Allah.

Walaupun ada sesetengah pihak mendakwa Reiki tidak bagus untuk orang Islam, tapi bagi Tam semua Ilmu yang baik itu Dari Allah, Dialah Pemilik segala Ilmu dan Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga lepas ni semuanya selesai dengan mudah. Ku panjatkan doa dan ku pohon agar Allah membuka kembali pintu2 rezeki, menambahkan iman di dada, memberikan ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi dan semoga kejayaan yang besar diperolehi. Aminnn...

Aug 17, 2011

Worksyop Gema Ramadhan



Assalamualaikum, Salam Kasih Sayang, Salam Jutawan buat semua pembaca yang budiman. Workshop Gema Ramadhan 2011 kembali lagi dengan isu-isu yang lebih hangat, revolusi minda, ilmu yang luarbiasa hebat untuk merealisasikan impian dan tingkatkan kualiti kehidupan dan status kewangan anda. Segalanya bermula di MMP. Ubah Pemikiran, Ubah Kehidupan. Sertailah Worshop MMP berhampiran tempat anda dengan Promosi yang di tawarkan dibawah:

PROMOSI GEMA RAMADHAN 2011

- Beli 1 Tiket untuk 2 Pas Masuk Percuma

- Beli 2 Tiket untuk 5 Pas Masuk Percuma

10 PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI:

BAGAIMANA?

1. Menjana kekayaan dan membuatkan wang mengalir pada anda tanpa henti.
2. Mengatasi masalah kebocoran wang
3. Membuang sekatan dan halangan yang menyebabkan segala yang anda buat tidak menjadi.
4. Menarik peluang bagi peningkatan di dalam perniagaan dan kerjaya.
5. Menukarkan diri anda menjadi magnet rezeki agar setiap sentuhan anda menjadi.
6. Cara dan ilmu bagi menarik kekayaan dengan betul & semudah petik jari.
7. Hendak membuatkan diri sentiasa bertuah dan segala perjalanan hidup lancar.
8. Mahu merealisasikan segala impian dan cita-cita anda menjadi kenyataan.
9. Membuatkan diri anda dihormati, disayangi serta dihargai
10. Menikmati kehidupan disamping mengecapi kekayaan

Jadual Program

20 Ogos 2011 - Impiana Resort, Cherating Pahang
21 Ogos 2011 -  Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
22 Ogos 2011 - Park Avenue Hotel, Sg. Petani Kedah


SERTAILAH SEKARANG!


Hubungi saya untuk tempahan tiket ATAMDIN - 0192006110

Keberkatan Melalui KEIKHLASAN

'Keberkatan' melalui 'KEIKHLASAN'

Kita seringkali berada dalam kesusahan, lemah tak bermaya dan tiada kesenangan di dalam hidup. Hal tersebut banyak puncanya. Antara salah satu puncanya ialah tiada keikhlasan dalam hati kita.

Dalam melakukan sesuatu kerja kita haruslah melakukannya dengan penuh keihklasan. Walau apa perbuatan sekalipun seperti memasak, berbual malahan dalam menolong orang lain sekalipun hati kita harus ikhlas kerana Allah.

Ikhlas sebenarnya adalah sumber kekuatan dalaman yang begitu hebat sekali jika kita mengetahuinya.

Hanya kerana ikhlas kita akan sanggup meredah hujan dan panas untuk ke tempat kerja. Dengan ikhlas juga kita akan berjaya memberikan sesuatu pertolongan pada yang memerlukannya.

Ini kerana Ikhlas terletak pada hati dan bukan minda kita. Hati kita adalah raja yang mengawal akal. Jadinya jika Raja telah bertindak maka kekuatannya akan jadi luar dari kebiasaan kita.

Sebab tu lah pernah kita mendengar seorang Nenek yang sudah tua dan tidak dapat berjalan, tetapi kerana ikhlas ingin menolong cucunya dalam sebuah kebakaran, bangun melompat dan berlari ke dalam api bagi menyelamatkan cucunya. Dari manakah kekuatan dan keluarbiasaan Nenek tadi? Ya dari IKHLAS.

Maka di sini kita seharusnya sebagai seorang Islam tahu dan sedar bahawa dalam Agama Islam sendiri menyuruh kita supaya melakukan setiap perbuatan dan amal dengan ikhlas. Setiap amal perbuatan kita bermula dari NIAT, niat adalah dari hati.

Maka bermula dari saat ini Ikhlaslah. - ADMP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...