I HAVE MIND POWER AND ALWAYS THINK POSITIVE

Jun 10, 2011

Reiki Master Healer Atamdin


Setelah tamat 21 hari proses pemulihan, Tam terus amik kursus untuk jadi Reiki Master Healer ataupun senang cerita orang kampung Tam panggil perawat.

Tam amik kursus Reiki Master Healer pada 24-26 Mei 2011 bertempat di Awana Genting Highland. 67 orang peserta dari seluruh negara termasuk Tam amik kursus ni kat sana. Memang ramai yang menyertai kursus ni sebab Dato Ibrahim buat pakej 'Super Saver'.

Memang best sangat kursus ni sebab Dato ajar macam2 ilmu yang baru. Contohnya macam mana nak Scan dan kesan penyakit. Nak gunakan laser. Nak buat pembedahan. Buat pelindung rumah. Kesan barang yang hilang. Nak buang energi2 negatif, saka, santau, sihir dan sebagainya.

Sebagai seorang Healer jugak kena tau membuang dan mengelak dari terkena energi negatif yang boleh menyebabkan Healer menjadi lemah dan ada kalanya demam, sakit2 dan pengsan. Jadi kami telah diajar bagaimana caranya untuk buat pelindung diri, cara amik energi, cara untuk buang energy negatif dalam badan healer, grounding dan banyak lagi.

Dengan apa yang Tam keluarkan sebagai modal memang berbaloi sangat2 malah berbaloi2 kerana terlalu banyak ilmu yang Tam dan para Master Healer dapat dari Dato Ibrahim dan isteri beliau Datin Ira Ghani. Terima kasih kepada Dato dan Datin kerana sudi untuk meluangkan masa mengajar kami sedikit sebanyak untuk menjadi sebagai seorang Healer. Semoga ilmu yang diberikan ini akan diberkati Allah.

Jadi setelah bergelar sebagai Reiki Master Healer (RMH), bermulalah kehidupan baru bagi Tam dan rakan2 seperjuangan bagi membantu masyarakat di luar sana yang menghadapi pelbagai masalah dan ujian. Bantuan dan harapan serta rawatan perlu diberi dan diambil sebagai tanggungjawab bagi meringankan masalah masyarakat sekeliling yang memerlukan khidmat kami sebagai seorang Healer.

Healer juga adalah seorang manusia biasa, juga hamba Allah yang tak terlepas dari dugaan, ujian dan masalah sendiri yang perlu dihadapi dengan sabar dan penuh kerelaan serta keikhlasan di hati. Selama mendapat gelaran sebagai Reiki Master (RM) telah banyak ujian dan dugaan yang terpaksa ditempuh walaupun pahit. Berbekalkan iman senipis kulit bawang juga kesabaran yang tidak seberapa, semuanya berjaya ditempuh.

Master Healer akan mendapat lebih ujian dan dugaan dari Master Healer. Jadi diri ini harus sentiasa bersedia sentiasa. Healer juga akan berjumpa dengan pelbagai orang dan pelbagai masalah. Biarpun pada mulanya akan kekok, namun itulah pengalaman berharga yang boleh kita dapat. Hanya dengan pengalaman sahaja yang akan membuatkan seorang Healer menjadi perawat yang berjaya.

Harapan Tam agar Allah kurniakan dan tambahkan keyakinan diri, kepercayaan dan ketaqwaan kepadaNya, kesabaran dalam mengawal emosi, keikhlasan yang tinggi, kasih sayang sesama makhluk dan empati terhadap orang lain kepada semua Reiki Master Healer di seluruh pelosok Semesta Raya. Ya Allah perkenankanlah permohonan kami ini.

Selamat menjalankan tanggungjawab kepada semua Reiki Master Healer dan Tam sudahi dengan SALAM KASIH SAYANG buat semua pengamal Reiki di serata dunia.

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...