I HAVE MIND POWER AND ALWAYS THINK POSITIVE

May 31, 2011

Tamat REIKI 21 Hari

Setiap insan di atas muka bumi ini dilahirkan dengan pelbagai warna. Ianya termasuklah emosi, perasaan, pemikiran, tenaga dan pelbagai lagi.
Alhamdulillah selepas Tam ikut REIKI, banyak perubahan yang tam dapat. Terutamanya dari segi kesabaran, keikhlasan, kasih sayang dan juga duit. Terima kasih kepada tenaga pengajar, Prof Dato Dr Ibrahim Bin Ahmad yang telah banyak memberi ilmu dan panduan yang berguna buat Tam. Tak lupa juga kepada semua master2 yang banyak memberi dorongan dan semangat.

Kalau dulu boleh dikatakan Tam ni jenis yang agak sensitif dan cepat terasa, tapi alhamdulillah emosi sedemikian hilang dan digantikan dengan kesabaran.

Kalau sebelum ni Tam buat kerja hanya untuk duit dan upah, alhamdulillah semua tu hilang kerana terpendamnya perasaan kasih dan sayang untuk membantu sesama makhluk yang hidup.

Jika sebelum ni tam banyak merungut, fikir yang bukan2, penuh dengan syak wasangka dan banyak lagi hal2 yang x sepatutnya ada dalam diri Tam tu hilang disebabkan telah tersemai dan terpahat tentang beertinya sebuah kejujuran dan berfikir secara positif.

Tapi apa yang Tam syukur sangat2 adalah tentang 'Gerak Hati' Tam yang semakin hari semakin tajam. Banayk rahsia dalam rahsia yang terbongkar sedikit demi sedikit. Pelbagai getaran yang Tam dapat rasai terutamanya bila terjadinya penipuan atau sesuatu musibah akan berlaku. Memang Tam bersyukur sangat2 atas apa yang Allah kurniakan untuk Tam.

Tam harap selapas balik dari kursus Reiki Master Healer nanti Tam akan menjadi seorang perawat yang hebat dan dapat membantu ramai orang mengatasi masalah yang melanda.

Aminnn...

Ditulis pada 20/5/2011

May 11, 2011

Manisnya Sebuah Ciuman


Jika anda sudah berumah tangga sudah tentunya banyak ciuman yang kita akan berikan kepada pasangan kita. Terutamanya bagi mereka yang masih baru di alam perkahwinan.

Tidak kira apakah nama ciuman tersebut samada ciuman sayang, ciuman kasih, ciuman manja, ciuman berahi atau apa sahaja, janji ianya sebuah ciuman.

Jadi sebuah ciuman adalah sesuatu yang teramat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Janganlah ada di antara kamu mendatangi isteri seperti perbuatan haiwan dan hendaklah ada utusan  antara kedua2nya." Seseorang bertanya "Apakah utusan itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab "Ciuman dan percakapan." (riwayat Abu Mansur dan al-Dailimi)

Jadi telah jelas disini bahawa ciuman itu adalah sesuatu yang begitu penting dan penuh dengan makna tersendiri dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Akan tetapi malangnya pada hari ini kita tidak dapat memberikan sebiah ciuman manis yang penuh bermakna kepada pasangan kita. Dan ramai antara pasangan yang kurang memberikan ciuman dek kerana pelbagai masalah dalaman juga masalah luaran.

Antara faktor2nya seperti stress, tidak menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Apabila kita terlalu stress kita tidak akan berdaya memberi sebuah ciuman kerana pada ketika tersebut fikiran kita tidak akan tertumpu pada pasangan kita.

Mengenai kesihatan diri pula seperti kita tidak menjaga makan yakni tidak menjaga kesihatan perut kita terutamanya. Ini akan mengakibatkan perut kita mengeluarkan sejenis asid dan merembes keluar melalui mulut dan menyebabkan ciuman kita pudar kerana adanya bau mulut yang kurang menyenangkan. Ini akan membuatkan pasangan kita tidak selesa untuk melakukan ciuman ketika bermesra atau suka2.

Ramai antara kita pada hari oni tidak ambil pusing tentang kebersihan diri. Contohnya di mana ramai yang tidak membersihkan mulut ketika ingin masuk tidur, jadi terdapat sisa2 makanan yang berada di celah gigi yang akan membuatkan pasangan kita merasa geli dan akhirnya tidak dapat memberikan ciuman, kalau adapun kerana terpaksa.

Maka jagalah mulut serta bibir kita dengan cara yang sepatutnya supaya kita dapat memberikan sebuah ciuman manis yang akan diingati setiap waktu dan sering didambakan oleh pasangan kita. - ADMP

May 4, 2011

Kursus Reiki Master

Hand Reiki

Kursus Reiki Master

Alhamdulillah...bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana memberikan keizinan bagi mendapatkan ilmunya. Semua orang pun boleh dapat ilmu Reiki, bersyukur kerana Tam adalah orang yang masih dikatakan terawal mendapat ilmu ini atas izin serta limpah kurniaNya.

Master Zarina Love Money

Setelah pergi ke Workshop Mind Power pada 27 Mac 2011, terus tanamkan dalam hati Tam untuk lebih mengenali diri melalui Mind Power Concept.

Master Hashim with...

Kemudian Tam amik plak kursus Millionaire Mind Power pada hari yang semua pekerja mendapat cuti yakni hari buruh yang lalu...1 Mei 2011. Setelah kursus tersebut jalan untuk ilmu dan kejayaan terus terbuka lagi untuk Tam malah semakin Membesar.

RM Zarina with RMT Hashim

Jadi hari berikutnya 2 Mei 2011 terus Tam amik Kursus Reiki Master. Dan Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan Tam belajar sedikit ilmunya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Dato Dr. Ibrahim Bin Ahmad kerana mengIJAZAHkan Reiki Master kepada Tam. Terima Kasih juga kepada RMH Muhammad Noor dan Isterinya RMA Nor Asyikin kerana memperkenalkan program yang dianjurkan Dato. Juga tidak lupa kepada semua RM, RMA, RMH dan RMT samaada yang baru ataupun yang lama.

RMT Fauziah

Alhamdulillah hidup jadi lebih bermakna dengan mengamalkan Reiki dimana Hati bertambah tenang dan tenteram, kurangnya perasaan Marah, Kurangnya perasaan Bimbang, semakin ikhlas untuk melakukan sesuatu kerja dan membantu orang lain, dan lebih menyayangi orang-orang di sekeliling Tam, juga bertambah kasih dan sayang kepada semua benda hidup di alam semesta.
Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad

Banyak lagi yang ingin dikarang tapi apa2 pun bersyukur sangat2 kerana diberi peluang yang sebegini.

Peserta2 Kursus Reiki Master
Tam with Dato
RM Azean with 1st Hand Money

Ilmu itu terlalu mahal untuk dinilai - ADMP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...