I HAVE MIND POWER AND ALWAYS THINK POSITIVE

Apr 29, 2011

Seminar MMP ( Millionaire Mind Power )


Alhamdulillah setelah tamat Seminar MMP (Millionaire Mind Power) dengan jayanya pada 27.3.2011, banyak sekali ilmu yang dapat dipelajari. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Dato' Dr Ibrahim Bin Ahmad yang telah mentranformasi diri ini agar menjadi seseorang yang berlainan dari yang sebelumnya.

Balik saja dari kursus mmg bersemangat betul nak jadi kaya. Nak dapat duit semudah petik jari tapi kena tau juga bukan boleh dapat duit saja, kena ada dugaan dan rintangannya jugak.

Sejak balik aritu sampaila entri ni siap ditulis pelbagai dugaan dan rintangan datang melanda silih berganti, tapi alhamdulillah seberat mana pun dugaan dan rintangan tu akhirnya dapat ditempuh dengan sabar dan mudah.

Mungkin berkat berfikir secara positif la kot. Ataupun ujian2 tu cuma nak menguji sejauh mana tahap kesabaran untuk menjadi seseorg yang berjaya.

Selain dari ujian dan dugaan pelbagai peluang dan wang datang bertandang. Pelbagai peluang datang silih berganti, cuma tunggu untuk direbut atau dilepaskan saja.

InsyaAllah mungkin suatu hari nanti selepas kursus MMP dan RMH, tam akan menjadi seseorang yang dapat berfikir dengan lebih positif dan kreatif. InsyaAllah Tam akan cuba untuk menjadi magnet wang.

Apr 28, 2011

Minuman Talbinah HPA


Pengenalan

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare)bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu. Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.

Kandungan Nutrisi Talbinah

Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti : B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol , mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungi Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan.

Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar. Selain itu ia juga mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Khasiat Talbinah

Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan, diantaranya ialah :

1) Menenangkan Hati Pesakit

Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantara sakit dan sembuh (an naqahah). Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud : Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi Saw apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW“Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )

Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya : Adalah nabi SAW apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh).

2) Membantu Menghilangkan Kesedihan dan Kemurungan ( Depression )

Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir : makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya :

“Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.

Diantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat didalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.

3) Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman

Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada didalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya” (riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )

Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

4) Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah

Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendiri. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.


Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali sebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam darah manusia.

5) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6) Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

7) Mengawal Dari Penyakit Kanser Dan Melambatkan Penuaan (Awet Muda)

Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.

8) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur (Insomnia)

Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

9) Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh
Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan.

Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkan nya. Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku.

Cara Penyediaan Talbinah

Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250 ml ), kemudian dikacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.

Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.

Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-kanak.

Minuman Talbinah Edaran HPA
Talbinah HPA (Fibroglucosamine) dirumus dengan formula Dr. Jamnul Azhar Mulkan mengandungi bahan-bahan seperti Gandum, Beras, Ekstrak Malt, Barli, Vitamin E, Madu, Kurma, Krimer Bukan Tenusu, Susu Tepung Skim Dan Gula.


FAKTA-FAKTA NUTRISI

SAIZ HIDANGAN: 25GM

AMAUN SATU HIDANGAN:

TENAGA – 97kcal/kcal

JUMLAH LEMAK – 0.5GM

KARBOHIDRAT – 21.8GM

JUMLAH GULA – 0.7GM

PROTEIN – 1.4GM

AMAUN SETIAP 100GM

TENAGA – 389kcal/kcal

JUMLAH LEMAK – 1.9GM

KARBOHIDRAT – 87.3GM

JUMLAH GULA – 2.7GM

PROTEIN – 5.7GM

Harga Pengguna:

Semenanjung Malaysia: RM 35
Sabah & Sarawak: RM 38

Harga Pengedar HPA:

Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 33

Kod - MK84
Nilai Mata (NM): 6

Apr 27, 2011

Waktu yang sesuai Berbekam dan Orang yang dilarang Berbekam



WAKTU DAN TARIKH YANG DIGALAKKAN BERBEKAM DARAH

1) 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.

2) Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.

3) Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.




INDIVIDU YANG DILARANG BERBEKAM DARAH

1) Wanita hamil 3 bulan pertama.

2) Pesakit kulit yang serius.

3) Pesakit darah rendah yang serius.

4) Orang tua yang terlalu uzur.

BEKAM UNTUK KULIT MUKA BERMASALAH


BEKAM UNTUK KULIT MUKA BERMASALAH

Bagi individu yang mempunyai masalah resdung serius,jerawat batu dan kulit sering menggelupas dan bermasalah, boleh menggunakan kaeddah bekam sebagai rawatan.

Saya syorkan anda berbekam dibahagian pipi sebulan sekali untuk 3x sesi,insyaAllah masalah kulit muka anda selesai.

Kulit muka yang bermasalah berpunca dari bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka,bila dilakukan bekam darah,semua bakteria itu akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat lagi kehitaman.

Setelah darah kotor keluar dan tiada bakteria yang berada pada bahagian luar dan dalam kulit, maka muka anda akan menjadi lebih licin dan berseri...InsyaAllah

Penyakit Yang Boleh Disembuhkan Dengan Berbekam


76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

Diagnosis Untuk Berbekam


DIAGNOSIS BEKAM-Analisa kulit wajah

Apabila seseorang itu jatuh sakit,warna kulit wajah akan berubah yang terdiri daripada 5 warna :-

-Biru (hati)-Angin :Sejuk,pedih,kekejangan kuat dan darah tersumbat.

-Merah (jantung)-Panas :Kandungan berlebihan dalam kapilari kulit.

-Kuning (limpa)-Lembap :Kurang darah dan imun.

-Putih (paru -paru) :Gangguan aliran darah dalam tubuh.

-Hitam (ginjal) sejuk/pedih :Kurang tenaga dan darah tersumbat.




DIAGNOSIS BEKAM-Mendengar suara pesakit.

-Suara keras dan kuat :Keadaan panas.

-Suara lemah dan pecah :Keadaan sejuk,kurang kekuatan dan imun tubuh.

-Serak dan kehilangan suara :Faktor panas dan sejuk dari luar.

-Batuk dalam dan lendir jernih :Angin sejuk menyerang paru-paru.

-Batuk mendadak dan lendir pekat :Panas dalaman di paru-paru.

-Batuk berkahak :Penghasilan lendir berlebihan.

Bekam Al-Hijamah



APA ITU BEKAM ?

Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikut kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.

Bekam ialah istilah Melayu yang bererti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa inggeris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Tubuh yang sihat dan minda yang cerdas adalah faktor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistem darah tidak berjalan dengan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sihat, mudah bosan, dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berjumpa dengan pakar psikologi.

Berbekam boleh dilakukan samada sebulan sekali mahupun 3 bulan sekali ataupun setahun sekali mngikut tahap kesihatan masing2.

Apr 19, 2011

Kerana Baran

Terkadang walaupun kita penuh dengan berfikiran positif dan berbaik sangka, ada kala dan ketikanya kita akan bersikap dan berfikiran sebaliknya.

Tam juga adalah manusia, dan setiap manusia itu takkan terlepas dari melakukan kesilapan sepanjang hidupnya. Malah bukanlah hamba Allah jika tidak diduga dengan pelbagai ujian dan rintangan yang penuh dengan onak dan duri.

Tam sebenarnya semenjak dari kecil dahulu lagi mempunyai sikap panas baran tahap melampau, tapi x pernah la sampai tahap nak buat or belasah orang, paling kuat pun Tam akan rosakkan barang or cederakan diri sendiri ataupun membawa diri entah kemana2.

Maafkan Tam andaikata Tam pernah berkasar dan membuat anda yang kenal Tam tak senang hati k. Untuk kawan2 yang Tam tinggalkan tu bukan Tam sengaja nak tinggalkan korang tapi ada sebabnya yang Tam sendiri pun susah nak terangkan.

Kadang2 kita susah untuk bercakap dan menutur kata untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Adalah lebih senang untuk kita meluahkannya dengan bait kata dalam tulisan. Kerana setiap kata yang dilakarkan dalam bentuk tulisan adalah lebih tulus dari hati yang betul2 ingin meluahkannya.

Untuk kawan2 Tam, maaf dipinta kerana meninggalkan korang tanpa memberikan alasan yang kukuh. Bukan disebabkan Tam marahkan korang ataupun kerana kecik hati. Tapi kerana masalah pelbagai yang mendatang tidak diduga sama sekali dalam masa yang sama.

Jadinya tahap panas baran Tam dah sampai ke tahap tinggi sehinggakan keputusan yang Tam buat adalah secara melulu dan tak berfikir panjang terlebih dahulu sehingga telah mengecewakan banyak pihak. Tapi apakan daya apa yang telah dikata ,esti dikota, perbuatan yang telah terlajak tak boleh nak reverse balik. Itulah akibat dari perbuatan dan keputusan yang dibuat tanpa berfikir terlebih dahulu.

Apa2 pun Tam kalo panas baran or marah bukanlah lama, sekejap cuma, tetapi kerana tunjangnya Tam adalah LOGAM maka keputusan yang dah dibuat takkan ditarik balik atau berpatah kembali, kerana itulah tunjang satu.

Janganlah terlalu susah hati ataupun tak senang duduk, sebab MAAF Tam bukan terletaknya dibibir, tetapi dihati, jika ada yang melakukan kesalahan ataupun bersalah dengan Tam sebenarnya telah lama Tam maafkan dan tak perlu dipinta sama sekali.

Dewasa ni jugak Tam menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan di atas kekhilafan dan kesalahan yang telah Tam lakukan. Kerana apa yang Tam tahu hasil perbuatan Tam telah mengguris hati banyak orang di sekeliling Tam.

Maafkan Tam...

Apr 15, 2011

Nikon DSLR D90 Uplining Number 3

Setelah berkurun lamanya Tam teringin nak pakai kamera DSLR, akhirnya tercapai juga. Walaupun agak lama menunggu janji dapat. Lebih kurang belas2 tahun jugak teringin nak guna dan memiliki DSLR ni.

Pada hari khamis 14.04.2011, akhirnya Nikon D90 menjadi milik Tam. Harga kit dia leh tahan jugak, dalam RM3100. Gedebuk gedebak habis gak la dalam RM5K sebab beli dia punya set sekali. Bateri Grip, Bateri tambahan, Flash SB-900 dan banyak lagi la barang2 dia. Almaklumla orang baru nak pakai, so x tau pape pun lagi.

Hari pertama beli just tau buka n pasang dia punya kit dan barang2 ja. Fuh nak kena amik masa gak nak belajar semua ni. Bukan senang nak jadi seorang yang profesional kan. Kena ada banyak ilmu dan banyak belajar. Ingat kena amik kursus la lepas ni, huhu ada ke nak bagi kursus yang murah2? Kalo ada nak jugak pegi.

Lepas ni lagi gila2 la amik gambar sana sini. Tam memang suka ambik2 gambar ni. Sebelum ni guna HP je la, skang da ada DSLR lagi la, pantang nampak benda yang cantik dan seni skit mesti nak snap punya. Tapi mungkin awal2 ni gambar kurang comel skit la kan. Tapi x kisah la sbb proses belajar tu memang akan memakan masa yang panjang.

Lepas ni sesapa yang rasa nak buat event pape boleh la panggil Tam k, xpe kita amik murah2 ja huhu. Kalo nak kawin ke nak buat party ke boleh je Tam pegi amik gambar korang, xde hal punya. Tapi kena bayor la haha...

So kena la tunggu untuk tgk gambar2 yang Tam amik, then korang bleh la nilaikan sendiri k sama cantik ke tak cantik. Huhu...wait n see - ADMP

Minyak Ron97 Punya Pasal

Pada pendapat korang antara minyak Ron95 dengan Ron97 yang mana lagi baik? Mesti la Ron97 lagi baik kan? Sebab lebih halus, pembakaran yang baik, dapat membersihkan enjin dan juga menjimatkan.

Ramai yang dah cuba isi penuh dan guna minyak Ron97, memang sungguh menjimatkan. Padan la dengan harganya pun boleh tahan mahalnya...tapi ada aku kisah. Kalo isi minyak motor guna Ron95 pun kalo sehari dah RM5, baik guna Ron97, RM10 boleh tahan 4 hari, tu bagi yang naik motor sana sini x berenti macam Tam la kan.

Nak dijadikan cerita Tam seblum ni guna minyak Shell Ron95, memang modal kena ada sehari RM5 gak la kan. Then ramai member2 yang syorkan untuk pakai Ron97 plak, lagi jimat katanya. Tapi sebelum nak isi Ron97 tu yang baiknya kena habiskan Ron95 yang ada dalam tangki dulu baru menjadi katanya.

So apalagi Tam pun nak la cuba guna minyak yang jimat sikit, sebab nak habiskan minyak tadi Tam pun tak tambah la minyak kat dalam tangki motor Tam, bajet2 boleh la sampai kat Shell sbb nak kosongkan tangki then nak isi penuh2.

Sekali bawak punya bawak, dalam 3 kilometer saja lagi nak sampai kat Shell minyak abis daaa... Warduh siap mati kat traffic light lagi tu...pergh malu siot...tapi disebabkan penuh kehenseman n cute, Tam kontrol macho je...haha

Pastu Tam pun mula la buat attraction supaya ada orang yang nak tolong tolak motor. Tunggu punya tunggu ada la sorang hamba Allah nak keluar dari rumah nak pegi jenjalan. Tam pun apalagi cepat2 pegi tanya samada dia boleh ke tolong tolak motor Tam ke Shell, Alhamdulillah sebab dia sudi nak tolong.

Sampai saja Shell terus buat geram isi minyak Ron97 penuh2. Huhu sampai melimpah tu, tak tahan...

So moralnya disini kalo dengar bunyi guruh berdentum di langit, air dalam tempayan jangan dibuang, kalo nak isi minyak Ron97, minyak yang berbaki jangan dihabiskan...

So lepas ni korang try la sendiri k samada minyak Ron95 ke or Ron97 yag dapat bantu menjimatkan duit poket korang. - ADMP

Apr 13, 2011

Masalah Pendengar Masalah


Tam pernah mengikuti kursus untuk mendengar tentang masalah orang lain dan membantu apa yang patut dan perlu dibantu.

Bukan senang untuk menjadi seorang pendengar tentang pelbagai masalah yang orang lain luahkan kepada kita. Kita akan dilatih supaya merasai empati tentang keadaan dan suasana yang melanda pihak pengadu masalah.

Kadang2 masalah yang kita dengar akan menjadi masalah kepada kita juga. Ini kerana kita akan turut memikirkan tentang bagaimana, mengapa terjadinya masalah tersebut. Dengan sedaya upaya kita akan cuba membantu dan memberikan pendapat apa yang patut dilakukan.

Dan yang menjadi masalahnya dalam kursus tersebut tak pula diberitahu tentang jangan percaya semua yang client kita ceritakan 100%.

Kita akan mempercayai apa sahaja yang diceritakan kepada kita kerana sudah tentunya client akan menceritan masalah sebenar mereka. Jika kita terleka kita akan dipengaruhi oleh masalah dan cerita yang sengaja direkacipta.

Letihnya bila mendengar sesuatu masalah dengan menggunakan kedua2 telinga. Apatah lagi jika sesuatu perkara tu adalah rekaan semata2 agar kita yang mendengar ditipu dengan penuh keyakinan dan tulus dengan harapan agar cerita dan masalah tersebut diterima dan dijadikan masalah.

Kita mendengar dengan penuh minat dan cuba memahami keadaan, tetapi apabila mendapati diri kita sering ditipu, kita akan menjadi begitu marah malah hilang kepercayaan kepada orang yang menceritakannya.
Tidak pernah ada penipuan yang sunat. Bukan salah sesiapa, berkemungkinan besar sebuah penipuan tersebut direka untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Mungkin juga ianya direka untuk menjaga perasaan orang lain. Tapi alangkah sakitnya hati orang yang mempercayainya bagaikan pecah, hancur dan luluh seluruh jantung hati.
Pelbagai perasaan melanda samada ingin marah, merajuk ataupun membiarkan saja jika kita mengetahui apa yang diceritakan kepada kita adalah berlainan pada setiap sesi.

Bagi tam perkara sebegini biarkan saja berlalu dan tidak perlu diambil tahu lagi kerana ianya hanya akan membuatkan sesebuah persahabatan atau hubungan hancur berkecai.

Jadi penyelesaiannya disini, bila kita dah tau yang kita ditipu dengan jayanya, maka tinggalkanlah mereka dan biarkanlah masalah tersebut mengikat dan mengheret diri mereka sendiri. Kerana mereka tidak akan sedar bahawa setiap penipuan akan terbongkar jua akhirnya.

Orang yang menipu tentang diri dan masalah mereka akhirnya akan hidup dalam penipuan diri sendiri sehingga tidak akan ingat apa yang pernah dikatakan dan disuarakan. Hanya yang mendengar akan mengetahui sejauh mana kejujuran diri seorang yang penuh dengan tipu daya.

Jadi disini Tam ingin menasihati diri Tam dan juga korang agar berhati2 dan jangan sampai terjerat dengan masalah orang lain. Bak kata orang2 kat kampung Tam, dengar boleh percaya jangan. Sekian. - ADMP

Apr 11, 2011

Vagina Wanita Sewangi Kasih


Apabila kita berbicara tentang soal perkahwinan terutamanya mengenai masalah Seks, orang yang masih bujang akan dipinggirkan dan diperli kerana dianggap tiada pengalaman dan masih mentah.

Walaupun Tam masih belum kahwin lagi, tapi apa yang Tam tahu akan dikongsikan, InsyaAllah. Ramai yang tidak setuju dengan pendapat orang yang masih bujang tentang soal rumah tangga. Akan tetapi apa yang dapat Tam perhatikan pada hari ini banyaknya berlaku perceraian di kalangan orang melayu adaah berkemungkinan besar disebabkan oleh kerana masalah seksual. Walaupun punca utamanya bukanlah dari kerana Seks.

Tetapi bagi Tam kebanyakan punca sebenarnya adalah berpunca dari hubungan intim yang tidak memuaskan. Ada yang disebabkan oleh lelaki, ada juga disebabkan pihak wanita.
Bercakap mengenai Seks adalah terlalu luas skopnya kerana terdapatnya pelbagai cabang ilmu disitu.

Hari ini Tam cuma akan berkongsikan tentang hal 'Vagina wanita yang dikatakan Sewangi Kasih'. Ini supaya wanita pada hari ini akan lebih dihargai dan disayangi oleh suami masing2.

Bercakap mengenai hal dalaman wanita yakni Faraj atau vagina adalah memudahkan pemahaman walaupun bahasanya agak kasar. Ini kerana bahagian faraj wanita adalah mahkota dan juga merupakan satu maruah yang perlu dijaga dengan rapi dan penuh perhatian.

Terdapat segolongan wanita yang tidak mengendahkannya sehinggakan menimbulkan pelbagai jenis penyakit kelamin dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Wahai wanita sekalian jagalah kemaluanmu agar ianya sentiasa bersih dan dapat memberikan keenakan yang tiada tolok bandingnya ketika bersama suami tercinta.

Apabila faraj dijaga dengan sempurna kenikmatan dan kehangatan dalam bersenggama bersama pasangan akan ditingkatkan dan seterusnya akan dapat memuaskan kedua2 belah pihak secara saksama.

Maka disini timbullah persoalan bagaimana ingin menjaganya? Tam pun bukan pandai kerana itu adalah hal dalaman wanita. Cumanya disyorkan agar mencari guru, bermaksud orang yang lebih tua dari kita dan belajarlah untuk menjaganya sedari awal kerana sesuatu penjagaan dari awalnya akan dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang. Janganlah kita malu dan segan kerana itulah sumber ilmu yang hilang jika kita tidak mahu mendapatkannya.

Jika ingin menjaganya dengan menggunakan produk2 HPA, Tam nasihatkan agar mengambil produk dalaman dan juga produk luaran.

Antara produk dalaman yang boleh kita ambil ialah Moment, Herba Tuju Angin, Paramaria Plus, Kapsul Roselle dan Teh Manjakani boleh juga ditambah dengan Herba Keputihan dan Herba Senggugut..

Manakala produk untuk penjagaan luaran adalah seperti Pencuci Lady Cheer.

Vagina Sewangi Kasih akan membuatkan pasangan anda bertambah sayang dan cintakan anda. Mulakanlah langkah penjagaannya supaya ianya berkekalan sehingga akhir hayat anda. - ADMP

Teh Manjakani

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakannya di import daripada India.
Ia mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik.
Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.

Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh, sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh. Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkanya.

InsyaAllah.

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 17

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 18

Kod - XH01
Nilai Mata (NM): 6

Apr 8, 2011

Bank Rakyat 'MANIA'

Setelah sekian lama Bank Rakyat tidak membuka Sahamnya, pada tahun ni secara tiba2 diumumkan Saham dibuka semula kepada orang ramai.

Maka berduyun2lah rakyat Malaysia beramai2 datang ke cawangan2 Bank Rakyat di seluruh Malaysia. Ada yang baru nak buka akaun saham dan ada juga yang nak tambah saham.

Tapi yang pastinya setiap orang yang pergi untuk melabur akan dapat membeli saham sebanyak RM500. Tak lebih tak kurang kerana terlalu ramai.

Sesaknya dan meriahnya suasana di setiap Bank Rakyat mengalahkan Pesta, ini bermakna sudah ramai rakyat Malaysia yang sedar tentang betapa penting dan banyak kelebihan bila melabur dengan pihak koperasi.

Berkemungkinan besar dividen yang akan diberikan untuk setiap anggota dianggarkan sebanyak 20% untuk setahun. Jadi sesapa yang tak amik peluang ni akan rugi sebab tak banyak koperasi yang dapat memberikan dividen yang agak tinggi melebihi 10%.

Koperasi Bank Rakyat telah memberi peluang untuk rakyat Malaysia membeli lagi 1 Billion saham. Bila cukup saja saham tersebut akan ditutp pada umum. Jadi tak tau bila pulak akan dibuka.

Tam pun pegi jugak melabur, sesak jugak la, 2 hari berturut2 pegi, hari kedua kena gak tunggu sbb takut terlepas peluang. Ambil no dari jam 9.37 pagi, dapat ke kaunter hampir jam 4, wah lama kena tunggu tu. Alhamdulillah sebab dapat gak melabur. Bukan apa dah lama menunggu, jadi tak nak lepaskan peluang yang ada.

Jadi untuk sesapa yang masih belum lagi buat keputusan tu cepat2 la k, takut terlepas nanti menyesal sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...