I HAVE MIND POWER AND ALWAYS THINK POSITIVE

Mar 23, 2011

Evergreen Centella Produk Berkualiti Tinggi


Laksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!
Khasiat Evergreen Centella (EC):
Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA). EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.
Baik untuk Pertumbuhan Otak.
Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.
Amat sesuai untuk pelajar.
EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).
Untuk Purifier Darah.
Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.
Untuk Impotensi.
Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra – kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkannya.
Penuh Dengan Klorofil.
Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).
Komposisi :
Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.
Kod = FH05
Nilai Mata (NM): 15

Harga Pengedar HPASemenanjung Malaysia: RM 47
Sabah & Sarawak: RM 49
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 52
Sabah & Sarawak: RM 54

Set Kesuburan Lelaki


Pada masa kini terlalu ramai antara kita golongan lelaki mengalami masalah tentang kesuburan.
Terutamanya bagi lelaki yang telahpun berumahtangga.

Apabila kita mengalami masalah ketidaksuburan ini akan mengakibatkan terlalu banyak masalah kepada diri dan keluarga yang kita sayangi, antaranya kita akan mengalami stress kerana kemungkinan tidak dapat memberikan zuriat kepada isteri kita. Bertambah sedih lagi sekiranya pasangan kita tidak dapat memberikan kepuasan yang sepatutnya.

Punca terjadinya maslaah kesuburan ini adalah terlalu banyak sekali. Antaranya adalah kerana cuaca dan persekitaran kita. Ada juga yang berpunca dari sumber makanan yang kita makan dan masalah kesihatan kita juga akan mengakibatkan masalah ketidaksuburan.

Oleh itu kita haruslah menjaganya dari awal sperti sentiasa melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan yang baik seperti mengambil produk2 dan supplement yang bersesuaian dengan kita.

Akan tetapi di pasaran terbuka sekarang terdapat pelbagai produk yang boleh mendatangkan malapetaka kepada diri kita seperti penggunaan ubatan kimia yang melampau yang dimasukkan dalam supplement yang dijual.

Apa yang dapat Tam syorkan di sini adalah produk dari HPA Industries yang dijamin Halal lagi Baik, Bertaraf IMP dan hanya menggunakan bahan2 alamiah.

Antara Produk2 yang perlu diambil untuk Kesuburan Lelaki adalah :-

Anda juga boleh menambah produk berikut sekiranya perlu :-
Pengambilan produk haruslah dimulakan secara berdikit kemudian lama kelamaan semakin banyak supaya tubuh dapat sesuaikan dengan keberkesan produk.

Jika sekiranya tidak mampu untuk membeli semua produk sekaligus anda boleh membelinya secara sedikit2 dahulu.

Dan apa yang penting sekiranya anda menggunakan produk2 herba HPA anda perlulah minum air dalam kuantiti yang banyak.

Tetamu tak di undang



Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu...
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya...

"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"

Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan
perasaan marah...
Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama.
Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati
sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...


" Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi
kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan
harinya jikalau dia datang lagi.


Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan
mengetuk pintu.

Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang...

Lelaki itu terus bertanya..


"Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"

"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?"
jawab wanita itu dengan berani...

"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu...


"Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi
isteri saya!!!




Moralnya kat sini jangan la kita mudah je meradang bila orang tanyakan sesuatu sebab mungkin ada benda yang perlu kita tahu di sebalik setiap soalan yang dikemukakan.

Mar 21, 2011

Belajarlah Setiap Hari


Kehidupan sebagai manusia adalah begitu unik dan penuh dengan warna warni. Allah SWT telah menciptakan sebaik2 makhluk yang bernama manusia dan telah diberikan akal dan fikiran supaya dapat digunakan untuk mentaati segala perintahnya dan menjadi sebaik2 khalifah di muka bumi ini.

Maka dengan akal yang telah dikurniakan tersebut kita sepatutnya bersyukur dan menggunakannya sebaik2 mungkin. Kerana hanya dengan mengoptimumkan penggunaan akal kita akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat.

Di sini Tam nak share pasal pentingnya kita belajar setiap hari walaupun kita dah tak bersekolah lagi dan sudah berumahtangga serta bekerja.

Sebenarnya kita memang telah belajar dan masih belajar setiap hari walaupun tanpa kita sedari. Setiap dari kita pun akan ada pelajaran masing2 walaupun kita tak terfikir yang kita sedang belajar. Hal ini adalah kerana kita langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling kita serta tak prihatin dengan hal2 yang kecil walaupun padanya terdapat sesuatu hikmah yang besar.

Jika kita ingin memperbaiki diri kita maka renung2kanlah apa yang telah kita lakukan seharian. Muhasabahlah diri tentu kita akan mendapati bukan satu, bukan dua malah banyak yang dapat kita pelajari dalam kehidupan kita dalam masa sehari. Maka di situ kita akan bersyukur dengan apa yang telah diberikan Allah kepada kita malahan kita akan menjadi insan yang lebih baik.

Dalam masa sehari sudah tentunya kita akan melakukan pelbagai perkara dan berfikir tentang banyak benda...ketika kita melakukan sesuatu, di situ terdapatnya ilmu, jika kita memikirkan sesuatu di situ juga terdapatnya ilmu, jika kita tidak mengendahkannya ia akan hilang begitu sahaja, maka amat rugilah kita kerana     belum pasti lagi bila pulak ilmu tadi akan dapat kita temukan.

Dalam melakukan sesuatu perkara contohnya seperti kita diminta untuk menjaga kucing sedangkan kita tidak pernah tahu dan tidak pernah membela kucing, jadi bukalah minda kita untuk belajar bagaimana nak menjaganya, apa keperluannya, cara uruskan, apa yang dimakan, bagaimana pula tempatnya. maka apabila kita melakukan hal tersebut maka kita boleh belajar setiap hari mengenai kucing, terlalu banyak yang boleh kita belajar, katakan pada hari ni kita belajar cara membersihkannya, mungkin besok kita akan belajar tentang sikapnya pula.

Dalam kita berfikir sebenarnya terlalu banyak perkara yang dapat kita ambil hasil dari fikiran kita sendiri dan juga fikiran orang yang berdekatan kita terutamanya berkenaan hati, perasaan, emosi, kekuatan mental dan sebagainya. Mungkin kita dapat mentafsirkan tentang perasaan orang lain apa bila kita mendengar dan cuba memahami masalah orang lain. Maka bukalah telinga dan ringankan minda anda supaya dapat mendengar dan merahsiakan perihal orang lain yang mana anda diberikan kepercayaan untuk mendengar tentang masalahnya. Carilah ilmu di sebalik apa yang berlaku pada diri kita dan juga apa yang telah berlaku pada orang lain. Kerana ilmu tersebuat akan dapat kita aplikasikan pada diri dan masyarakat.

Setiap hari sebelum tidur Tam syorkan agar kita muhasabah diri dan berfikir sejenak tentang kehidupan kita pada siang harinya supaya kita dapat menimba walaupun sedikit ilmu dari situ. tetapi jika kita mahir menggunakan akal kita, tidak perlu menunggu sehingga tiba saatnya malam baru kita ingin mencari apa ilmu di sebalik siangnya. Kita boleh terus bertanya " Apa aku sedang belajar sekarang? " pada masa kita melakukan sesuatu dan juga apabila kita memikirkan sesuatu.

Jadi Tam minta sangat2 pada pembaca semua dan juga sahabat handai supaya kita mengoptimumkan penggunaan minda yang telah dikurniakan Allah. Kerana akal kita begitu hebat dan sempurna dari segi kejadiannya. Kita dilahirkan untuk menjadi insan yang HEBAT. Fikir2kan. - ADMP

Mar 18, 2011

Procedures to Build Your CONFIDENT


Action cure Fear.
  • Isolate your fear and then take constructive action. In action, doing nothing about a situation. Strengthens fear and destroys confidence.
Positive Thought
  • make a supreme effort to put only positive thoughts in your memory bank. Don't let negative, self-deprecatory thoughts grow into mental monsters. Simply refuse to recall unpleasant events or situations.
Put People in Proper Perspective.
  • Remember, people are more alike, much more alike, than they are different. Get a balance view of the other fellow. He is just another human being. Develop an understanding attitude. Many people will bark, but its a rare one who bites.
Follow Your Conscience.
  • Practice doing what your conscience tells you is right. This prevents a poisonous guilt complex from developing. Doing whats right is a very practical rule for success.
Say That You is Confident.
  • make everything and say, ' I'm confident, really confident.' Practice these little techniques in your day to day activities :
  1. Be a Front Seater
  2. Make Eye Contact
  3. Walk 25% FASTER
  4. Speak Up
  5. Smile Big

Mar 14, 2011

Pelatih Baru

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia
Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya...
Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut.

Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail.
Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

Jadi cepat2 dia cari idea...


"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.


Hahaha selamat Si Rosman kalo x da kena pelengkung dek bos dia yang ganas tu haha
Pandai jugak ekk dia bermain kata n cover line

Mar 12, 2011

Hari Lahir 11.03.11


Alhamdulillah telah sampai pun umur baruku.
Wah hari lahir pada kali ni sungguh meriah tak seperti yang sebelum ni sebab ada skit keajaiban berlaku.
Nak tau ke apa yang ajaibnya?
Ha ni la tam nak citer nih.

OK tahun nih 11-3-11 jatuh pada penghulu segala hari yakni hari Jumaat.
dan yang bertuahnya sbb tam lahir pada 11hb.
apa yang bestnya dengan 11hb nih ekk?
jom kita tgk sama2 hehe

Bila 1+1=2 kan?
Ni la sebabnya yang tam nak citer ngan korang yang selalu tanya kenapa tam begitu dan begini.
Memang no tunggal tam adalah no 1. No ni sikapnya seperti logam yang padu. No yang mewakili tunggal, degil, keras kepala,suka buat keputusan sendiri, sukar digoyah dan banyak lagi.

Tapi no 1 mesti kena ada pasangan dia kan. Jadi nonya ialah no 2.
Sebabkan no 2 nilah ramai yang tertanya Tam kenapa jadi begitu dan begini.
No ni mewakili air yang mengalir dengan penuh ketenangan.
Antara wakilnya ialah mudah didekati, cepat mesra, penyayang, suka mendengar, penyabar, sukakan kanak-kanak, sensitif, cepat merasa empati dan mudah menangis serta banyak lagi.

Jadi no 1 dan no 2 ni sebenarnya berkait agak rapat gak haha
Contohnya, katalah bab keje, ada orang minta tolong, so Tam akan cakap kat dia tak nak buat, tapi dalam hati sebut Insyaallah, dari segi perbuatan pulak akan melakukan kerja yang dipinta tersebut dengan senang hati. Jadi kan ada pasangan yang cantik antara kedua no tadi, Nampak ke camne no tadi saling berhubung?

Kalau tentang besday kali ni pula memang erat sangat dengan no 2 ni.
Apa taknya no 2 'kongker' habis-habisan.
Surprise Party 2 kali,
Kek Hari Lahir 2 biji yang hampir sama,
Hadiah pun baru dapat 2 ( cam nak lagi je )
2 orang yang suapkan aku sempena Birthday kali ni,
Wisher pun mencecah 222 orang,
Banyak lagi la benda 2 yang berlaku arini,
Tak terpikir Tam,
Ha tah-tah bini pun dapat 2 orang sekali nanti hahaha.

Apa-apa pun terima kasih bebanyak kepada semua orang yang telah menjayakan Sambutan Hari Lahir Tam untuk tahun ni.
Kredit dan penghargaan diberi kepada Safwan, Kak Reen, Abg Wan, Nuna, Alea, Aisyah, Kak T ARC ku yang baik, Abg Fadzil, Kak Nur, Kak Naura, Kak Thila dan ramai lagi. Fuh x tersebut nama semua orang kat sini.

Mar 9, 2011

Petua Awet Muda yang 'MUDAH'


Setiap insan mempunyai cita2 dan impian untuk sentiasa kekal dan nampak muda dari umur yang sebenar terutamanya golongan wanita. Pada masa kini pula terdapat pelbagai ubatan dan kosmetik yang dikatakan boleh menjadikan wajah sentiasa muda. Tapi cubalah anda lihat pada wajah2 yang memakainya...adakah ianya nampak muda? atau sebaliknya?

Terdapat cara yang tersangat mudah tetapi kita sukar untuk mengamalkannya.

Tapi sebelum tu nak gak citer pasal sorang pakcik yang aku jumpa aritu.
Borak punya borak aku pun tanya la umur pakcik tu yang aku panggil 'Pak Ngah'.
So dia minta aku teka brapa umur dia.
Aku jawab la dalam 50-an.
Then sambil tersenyum dia jawab Pak Ngah da dekat 80 tahun nak.
Er terkezut bewok aku...sbb kalo tgk mukanya masih 'cekang' lagi dan masih mempunyai kudrat yang kuat lagi. Tapi bila tgk tangan dia baru aku percaya, sbb da berkedut melambangkan 80-an.

So inilah petua yang PakNgah tu bagi kat aku yang aku nak share ngan korang.

Apa yang penting adalah 'NILAI' diri kita.
Bukanlah nilai luaran tapi nilai dalaman.
Nilai dalaman yang dimaksudkan adalah 'HATI'
Nabi Saw. bersabda, "Didalam tubuh itu ada mudghah, ada satu daging; yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rusak, maka rusaklah sluruh tubuh. Ketahuilah, mudghah adalah qalb."

Secara ringkasnya untuk mendapat hati yang bersih dan dapat awet muda petuanya ialah :

  • Menjaga Perut yakni makan makanan yang halal lagi baik. Ini kerana zat2 makanan yang diperlukan oleh kita terdapat pada makanan yang berkat. Firman Allah SWT yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah 2:172)"

  • Solat tepat pada waktunya. Ini kerana banyak kelebihan di dalam solat seperti senaman terutama ketika sujud kerana ia akan membawa darah ke bahagian atas terutama otak dan muka.

  • Membaca Al-Quran setiap hari walaupun sepotong ayat. Ini kerana apabila kita membaca Al-Quran setiap hari ia akan dapat mengawal emosi kita, di mana kajian yang dijalankan di barat mendapati walaupun manusia mempunyai akal untuk berfikir tetapi setiap perbuatan yang kita lakukan 98% bergantung kepada emosi kita pada masa tersebut.

  • Berprasangka Baik. Ini kerana kita akan menarik lebih banyak kebaikan di dalam hidup kita jika kita sentiasa berprasangka baik.

  • Rajin Menolong sesama Manusia. Ini kerana bila kita banyak menolong orang kita akan mendapat lebih banyak kasih dan sayang. 

  • Ikhlas dalam setiap perbuatan. Kerana bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu hati kita akan menjadi lebih riang dan tenang.

  • Menjaga Amanah dan Jujur. Ini adalah penting kerana apabila kita mempunyai sikap yang jujur dan amanah orang2 di sekeliling kita akan sentiasa mendoakan kita dan ini secara tidak langsung akan membuatkan kita dan orang2 di sekeliling sentiasa dalam keadaan yang harmoni.

  • Sentiasa Bercakap Benar. Apabila kita bercakap mengenai perkara yang betul ini akan membuatkan hati kita bertambah yakin dan di situlah akan timbulnya kekuatan dalaman.

  • Banyak Bersedekah kepada yang memerlukan. Jagalah harta dan jiwa kita dengan bersedekah walaupun dengan sedekah yang ringan seperti senyuman kerana jika kita banyak bersedekah dengan penuh keyakinan dan keazaman kepada Allah nescaya kita akan mendapat sesuatu yang kita sendiri tidak mampu untuk menjangkakannya.

  • Melahirkan Senyuman yang manis. Bukanlah mudah untuk memberikan senyuman dari dalam hati kepada orang lain kerana senyuman tersebut lahirnya dari hati yang luhur dan murni. Apapun kita haruslah mencuba dan berdoa agar dapat memberikan senyuman kita yang paling menawan kepada setiap insan yang kita jumpa.

Semoga kita semua dapat mengamalkan petua ini. Bermulalah dari yang senang dan selalu amalkan kerana ia akan menjadi NILAI dalam diri kita yang akan membuatkan kita mampu untuk memperoleh sebuah kehidupan yang lebih bahagia. - ADMP

Bedak Tompok Hitam Penyeri Muka


Bedak Tompok Hitam HPA

Bedak yang mengandungi herba ubi gadung ini bertujuan menghilangkan tompok hitam atau plag pada wajah seseorang.
Kewujudan tompok hitam akan menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak berseri dan tua.

Cara penggunaannya.

1. Bersihakan muka dengan sabun wajah

2. Campurkan bedak tompok hitam dengan air dan sapukan pada bahagian muka seperti penggunaan mask.

3. Untuk mendapatkan hasil yang maksimun amalkan coscinium plus dan teh herba.

Isipadu:
Mengandungi 70gm. 

Bedak Jasmin untuk Jerawat


Bedak yang mengandungi herba Ficus Callicarpa dari family Urticaceae telah terbukti dapat mengatasi permasaalahan jerawat.

Masaalah jerawat terjadi akibat dari proses hormone yang tidak stabil terutama apabila seseorang itu masuk akil baligh.
Jerawat juga terjadi pada sebahagian wanita yang sedang haid.

Cara penggunaannya.

1. Campurkan bedak jasmin dengan air dan sapukan pada bahagian muka seperti mask lebih kurang sejam.

2. Bilaskan dengan air suam dan wapkan.

3. Lakukan sekali lagi dengan mencampurkan bedak jasmine dengan air dan sapukan pada muka seperti mask dan biarkan semalaman.

4. Untuk mendapatkan hasil yang maksimun amalkan coscinium plus dan teh herba


Isipadu:
Mengandungi 70gm. 

Harga Pengedar :
Semenanjung Malaysia - RM9
Sabah & Sarawak - RM10

Harga Pengguna :
Semenanjung Malaysia - RM11
Sabah & Sarawak - RM12

Kod - BH02
Nilai Mata - 4

Minyak But-But untuk Pelbagai Kegunaan


Minyak but-but ini mengandung ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuk sejenis tumbuhan yang digunakan oleh burung but-but untuk dijadikan sarang.
Masyarakat dahulu percaya minyak ini mampu untuk merawat tulang yang patah, terkilir dll.
Minyak But-but ini wajib ada di setiap rumah.

Khasiat yang lainnya adalah:

Untuk patah tulang.
Minyak ini dipanaskan terlebih dahulu dan disapu dibagian yang patah, serta dibalut dengan kain.
Selanjutnya penderita juga memakan herba Radix Kapsul 2 kali sehari.

Untuk wasir/Ambeien.
Disapu dibagian yang keluar disamping penderita memakan herba Ficus dan Pelawas

Kembung perut (Anak Kecil).
Herba ini dipanaskan dan disapu dengan daun sirih dan ditempelkan diperut anak tersebut.

Luka-luka kecil.
Ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini, lalu ditempelkan dibagian yang luka.

Terkena air panas.
Dioleskan perlahan-lahan dibagian yang sakit, dan jangan dibiarkan bagian tersebut kering.
Selalu menggunakan minyak ini sampai tidak melembung.

Gigitan serangga (seperti lipan, tawon, dll.).
Ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini lalu ditempelkan dibagian yang luka.

Asma (Anak kecil).
Minum minyak ini setengah sendok kecil pada waktu malam sebelum tidur, serta disapu dibagian dadanya dan diselimuti.

Perut buncit.
Panaskan minyak ini terlebih dahulu dan diurut dibagian perut berulang kali secara berputar.

Wanita menopouse.
Menghilangkan kesakitan sewaktu "bersama"suami mengatasi kekeringan kulit).

Darah tinggi dan lumpuh (stroke).
Panaskan minyak ini dan disapu dibagian tengkuk leher.

Diare (keracunan makanan).
Diminum setengah sendok bersama air hangat.

Bayi sering menangis pada waktu malam.
Minyak ini disapu diatas kening bayi.

Untuk urut/pijat (gosok).
Minyak ini tidak mengandung bahan kimia dan tidak merosakkan saraf kulit.

Anak sering kencing di waktu malam.
Disapu di pusar sebelum tidur disamping minum madu asli.

Harga Pengedar :
Semenanjung Malaysia - RM 8.50
Sabah & Sarawak - RM10.50

Harga Pengguna :
Semenanjung Malaysia - RM10.50
Sabah & Sarawak - RM13.00

Kod - QH01
Nilai Mata - 4

Madu Lebah - Banyak Manfaat



PENGENALAN:

Madu merupakan salah satu ubat yang dapat digunakan sebagai agen penyembuh selain daripada kitab suci Al Quran. Gunakan 2 penyembuh; madu dan Al Quran.

Dalam satu hadith lain Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pengubatan ada 3 cara: minum madu, berbekam dan khay iaitu dengan besi panas, tetapi aku melarang umatku berubat dengan khay.”

Firman Allah, ” … dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-nahl: 69).

Madu mempunyai rasa yang lazat, bau yang menyegarkan serta memiliki nilai pengubatan yang tinggi. Madu biasanya adalah agen awet muda dan berbeza daripada penggunaan gula biasa atau makanan harian lain.


EKSPERIMEN SAINTIS TERHADAP MADU:

Dr. Abdul Aziz Ismail menyatakan bahawa madu adalah suatu senjata doktor yang dapat digunakan untuk melawan penyakit. Orang menggunakan madu setelah ilmu pengetahuan berkembang dan meningkat. Madu merupakan makanan bernutrisi yang dapat memberikan kekuatan dan membunuh bakteria yang datang dari luar dan dalam tubuh.

Pada tahun 1954, Dr. Julia Carison melakukn eksperimen terhadap seekor babi hutan. Hasilnya, madu dapat menyembuhkan babi hutan yang mengalami sakit di pergelangan dan persendian tulang.

Pada tahun 1956, di Hospital Norfolk England, madu lebah digunakan untuk menutup luka dan menghilangkan bekas-bekas luka tersebut. Madu dapat berfungsi merangsang pembentukan jaringan sel baru.

Dr. W.G. Sackett, seorang pengkaji bakteria dari Akademi Pertanian Colorado, USA telah mendapati madu dapat menyahkan serta membunuh bakteria penyakit. Kuman penyebab Malaria/Typhoid mati dalam masa 48 jam. Hasil yang sama iaitu Typhosus A dan B mati dalam 24 jam. Sejenis mikroorganisma di dalam tinja dan air mati dalam 5 jam. Bakteria pnybb bronko pneumonia mati pada hari keempat iaitu sama masa dengan bakteria pnybb peritonitis, pleuritis dan pembengkakkan supuratif. Eksperimen ini telah diuji kembali oleh Dr. A.P. Sturtevant, pakar bakteria di Biro Entomology, Washington DC.

Kandungan madu

Madu mengandungi banyak vitamin - Serbuk sari kebanyakan bunga mengandungi kadar vitamin C yang cukup tinggi daripada sejenis sayuran dan buah-buahan. Madu mengandungi serbuk sari, justeru ia mengandungi vitamin C yang tinggi.

Madu merupakan medium yang baik bagi kebanyakan vitamin. Ia tidak sama dengan buah atau sayuran. Contohnya bayam akan hilang 50% kadar vitamin C dalam waktu 24 jam selepas dipetik.

Madu ada vitamin B1 yang dapat mencegah penyakit beri-beri, vitamin B2 yang dapat mencegah scurvy, vitamin B3 bertindak sebagai antiseptik dan mencegah penyakit tua yang datang sebelum masanya, vitamin B6 yang sangat penting bagi pencernaan makanan dan mencegah anaemia dan vitamin A yang mampu berfungsi untuk mencegah penyakit rabun malam.

Madu memiliki enzim pencernaan - Invertase dan Amylase merupakan enzim yang terdapat dalam madu. Kedua-dua enzim tersebut berfungsi melakukan proses pencernaan. Hal ini berbeza dengan gula tebu dan pemanis lain yang memerlukan invertase dalam saluran pencernaan melalui sejenis enzim agar mampu diubah menjadi gula sederhana. Madu dengan mudah dapat dicerna kerana dua enzim yang terdapat didalamnya serta telah dicerna oleh kelenjar liurnya, mengubah gula dalam sari bunga menjadi gula sederhana, levulosa dan dextrosa.

Madu mengandungi mineral - Zat besi, tembaga, potassium, silicon, klorin, kalsium, sodium, fosporus, magnesium dan aluminium merupakan mineral yang ada didalam madu lebah. Seluruhnya diambil dari tanah di mana bunga tersebut tumbuh. Oleh kerana itu, kadar mineral dari setiap madu yang berlainan bergantung dari tanah tanaman tersebut.

Kelebihan madu berbanding gula

  • Madu mempunyai rasa yang lazat, bau yang menyegarkan serta memiliki nilai pengubatan yang tinggi.
  • Madu dapat memanjangkan umur (awet muda), berbeza dengan penggunaan gula biasa atau makanan harian lainnya.
  • Di antara kelebihan madu jika dibandingkan dengan gula biasa adalah seperti berikut:
  • madu tidak mengiritasi saluran pencernaan
  • madu mudah dan pantas diasimilasikan
  • madu cepat memenuhi permintaan tenaga dalam masa yang singkat
  • madu mudah ditangani oleh ginjal
  • madu mempunyai kesan laxatif ringan dan sifatnya alamiah
  • madu memiliki kesan sedatif
  • madu mudah didapati
  • harganya tidak terlalu mahal

Perbezaan rasa yang terdapat pada madu adalah disebabkan berlakunya perbezaan iklim, tempat dan musim di mana madu tersebut dihasilkan. Cuaca, udara, bunga dan tanah juga memainkan peranan pada jenis warna dan rasa madu kerana berbeza jenis manisan yang dihisap daripada bunga yang berbeza.

Warna madu adalah jernih menyerupai kejernihan warna air hingga menjadi pekat kekuningan. Prof H.A. Schuette menyatakan bahawa madu yang berwarna gelap disebabkan kandungan tembaga dan besi yang lebih banyak dibandingkan dengan madu yang berwarna lebih cerah.

Madu yang terbaik memiliki kadar kandungan air yang rendah berbanding dengan madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

Madu dan penggunaannya di dalam bidang perubatan

Makanan untuk bayi - Dewasa ini ramai ibu yang tidak mampu menyusui bayi mereka dengan baik. Justeru penggantian dengan menggunakan susu lembu yang telah ditambah pemanis boleh dilakukan bagi memenuhi air susu sebagai bahan makanan bayi. Gula yang sering digunakan adalah glukosa dan dextromaltosa. Keadaan ini boleh menyebabkan permasalahan terhadap pencernaan bayi yang masih belum sempurna.
Madu adalah pemanis yang paling menonjol. Sebahagian besar bayi dapat menerima madu. Selain sebagai tambahan pemanis, madu juga mengandungi mineral, protein, daya antiseptik, laksatif ringan dan aroma yang enak.
Penelitian yang dilakukan oleh Dr. Haycak dan Dr. M.C. Tanquary dari Universiti Minnesota dan Dr. Schultz daripada Jabatan Kanak-Kanak Universiti Chicago menyatakan bahawa madu diserap lebih cepat daripada pelbagai jenis gula yang lain. Madu lebih cepat diserap kerana adanya dextrosa sedangkan levulosa menjadi sesuatu yang lebih lambat diserap dan lambat masuk ke dalam peredaran darah. Madu mampu menjaga kadar gula dalam darah.

Penahan eneuresis - Madu dengan sifat hidroskopisnya mampu untuk melakukan penyerapan dan pengentalan wap lembab dalam udara. Levulosa dalam madu dapat menarik wap gula dengan kuat. Ini juga berlaku bagi penyerapan dan pengentalan air di dalam badan sehingga dapat menahan eneuresis.

Influenza dan Selsema - Khasiat vitamin C adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan sel dan membantu melepaskan tenaga dalam melakukan gerakan. Madu akan membantu tubuh dalam membina tenaga. Pada masa sekarang, madu digunakan untuk mengubati pesakit yang batuk dengan menggunakan wapnya yang akan menembusi segala penjuru sistem pernafasan yang akan mematikan kuman yang menyebabkan batuk, influenza dan selsema.

Pengubatan Tuberculosis (TBC) - Zat yang ada akan diserap untuk membantu badan bagi melakukan regenerasi sel, terutama kandungan mineralnya seperti magnesium, sodium dan ferum.
Pengubatan Sakit Jantung - Dr. G. Thomas menyatakan dalam majalah Lauset di England, ”Madu mempunyai kesan yang patut diperhatikan dalam memberi kelancaran kerja jantung dan memberi kekuatan kepada pesakit yang kehilangan tenaga setelah serangan jantung. Madu juga berfungsi untuk meredakan ketegangan saraf dan memudahkan tidur.”

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 19
Sabah & Sarawak:RM 21

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 24.00
Sabah & Sarawak: RM27.00

Kod - QH03
Nilai Mata: 5

Teh Herba dari Pegaga


Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Teh Herba juga mujarab untuk radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi.
Kelebihan Teh Herba:-
1. Mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
2. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan terasa ringan dan segar.
3. Mengatasi masalah sembelit dan angin.
4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit.
6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain.
7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit
8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
11. Mengatasi maslah kencing manis dengan menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren.
12. Mencegah masalah kardiovaskular.
13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis.
Komposisi (35 uncang per kotak) :
Hydrocotyle Asiatica
Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli.

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26

Kod - XH01
Nilai Mata (NM): 9

Teh Tropika ( Herba Misai Kucing )


Kandungan Utama:
Herba Misai Kucing
Kepentingan:
  • Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
  • Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ubat gout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan rheumatisme.
  • Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
  • Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
  • Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kecing).
Penggunaan:
Diambil sebelum makan, 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26

Kod - XH03
Nilai Mata (NM): 9

Mar 8, 2011

Habbatus Sauda Softgel banyak kelebihannya



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:

“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah.

Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati rheumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktiviti hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
  • Mempertingkatkan sistem immuniti
  • Meningkatkan tenaga seksual
Khasiat minyak habbatus sauda adalah menyeluruh dan meliputi banyak aspek.Ini juga menyebabkan habbatus sauda boleh dijadikan amalan harian diambil untuk mendapat kesihatan yang berterusan . Antara khasiat minyak habbatus sauda jika ingin diperkatakan satu persatu antaranya ialah:

1. Pelbagai zat pemakanan

Khasiat minyak habbatus sauda yang pertama ialah dari segi zat pemakanan. Habbatus Sauda adalah kaya dengan:
monosaccharide glukosa, xylosa , polysaccharide
fatty acid tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). Sumber utama EFA adalah pemakanan dan tidak dapat dihasilkan oleh badan
Asid amino yang membentuk protein, kalsium, zat besi dsb

2. Menguatkan Sistem imunisasi

Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Arab Saudi yang menemui khasiat minyak habbatus Sauda dalam meningkatkan sistem imunisasi (daya tahan dalam melawan penyakit). Dengan itu ia mungkin berkepentingan dalam pengawalan kanser, AIDS serta penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Khasiat minyak habbatus sauda seterusnya ialah sebagai anti-histamine. Histamine merupakan bahan dikeluarkan sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda ada mengandungi bahan-bahan menghalang protein kinase C, sejenis bahan pencetus penghasilan histamine. Disebabkan penghidap asma biasa mengalami masalah alahan, habbatus Sauda berkemungkinan baik untuk diambil secara berterusan oleh pesakit asma.

4. Anti-tumor

Kajian in-vitro menemui bahawa antara khasiat minyak habbatus Sauda adalah dalam menghalang pembentukan sel tumor. Oleh itu habbatus sauda, baik digunakan bagi membantu menghalang kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan dalam mencari khasiat minyak habbatus sauda mendapati ia mempunyai aktiviti anti bakteria . Ia berupaya dalam mengawal bakteria seperti E. coli, V. cholera serta spesies Shigella. Ini memberi makna habbatus Sauda adalah baik bagi mereka yang menghidapi penyakit seperti cirit-birit serta masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Khasiat minyak habbatus sauda seterusnya ialah dalam mengurangkan radang (bengkak). Oleh sebab itu, habbatus sauda adalah baik bagi pesakit asma (untuk mengurangkan radang dalam paru-paru), ekzema (alahan yang menyebabkan gatal dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi hormon serta lemak yang didapati dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Harga Pengedar :
Semenanjung Malaysia - RM38
Sabah & Sarawak - RM40

Harga Pengguna :
Semenanjung Malaysia - RM48
Sabah & Sarawak - RM50

Kod - ZH26
Nilai Mata - 12

King Solomon Oil Softgel


Produk ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kadar kolesterol yang tinggi. Produk yang dihasilkan dari minyak ikan solomon ini amat terbukti melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kadar kolesterol ke paras normal. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengadapi masalah diabetis, ghout, reumatik.

KANDUNGANNYA
• Mengandungi omega 3, 6 dan 9
• Omega 3 dan 6 tidak dikeluarkan oleh tubuh badan.
• Omega 9 boleh diproduksi oleh tubuh badan dari gula dan kanji.
Apa itu OMEGA 3?
• Omega 3 bagus utk ibu menyusu, ibu mengandung membantu perkembangan otak janin dan bayi,Arthiritis, depression dan penyakit kulit.
• mengandungi EPA dan DHA
EPA (Eicosa Pentaenoic Acid) dapat mencegah:
1. Kanser
2. Trombosit (pembekuan darah)
3. Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah)
4. Kadar kolestrol yang berlebihan
5. Plasma lipid yang berlebihan
6. Penyakit jantung
7. Stress yang berlebihan
8. Tekanan darah tinggi
9.Kencing manis
DHA (Docosa Hexaenoic Acid) berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan.
1. Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis)
2. Mencegah asma
3. Meningkatkan daya seks kesuburan
4. Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat
5. Mencegah penyakit kulit
6. Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan
KAJIAN DI UK MENDAPATI EPA BERKESAN DALAM MEMBANTU:
• Clinical Depression (kemurungan)
• Bipolar Disorder (tekanan/kemurungan)
• Schizophrenia (mental)
• Post Natal Depression (meroyan)
• Pre-menstrual Tension
• Obsessive Compulsive Disorder
• Alzheimer’s disease and other forms of dementia
• Dyslexia (masalah pembelajaran)
Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui bantuan campuran dari kaunseling dan ubat-ubat.
Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.
Gejala-gejalanya:
• Kebimbangan boleh menjejaskan berlainan orang dengan berlainan cara:
• Kesusahan bertidur
• Debaran jantung yang sangat cepat
• Bergetaran, kepeningan
• Kesusahan bernafas.
• Merasa rengsa, tidak senang, tidak dapat rehat atau tiada kawalan
• Tidak dapat memikir dengan jelas atau berkonsentrasi
• muntah-muntah
• Merasa tercekek atau bengkak dalam kerongkong
• Berpeluh
• Pening kepala
• Otot tegang (panas baran,cepatmarah,emosi)
• Mudah merasa pengsan
BIPOLA DISORDER
• Salah satu penyakit mental yang akan menyerang pesakit secara tiba-tiba yang disebabkan oleh tekanan/kemurungan.
• Kes terbaru terjadi kepada penyanyi & komposer terkenal YASSIN (BROTHERS)
• Pesakit juga kadang kala mengalami MANIC (berkenaan dirasuk sawan gila)
• BIPOLA DISORDER terjadi apabila 2simptom (MANIC + DEPRESSION) bergabung menjadi satu.
DYSLEXIA
Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
CIRI-CIRI PENGHIDAPNYA
• Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
• Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
• Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
• Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
• Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
• Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
• Sering berlaku di kalangan lelaki.
• Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
• Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Di UK pada thn 2002 di lebih 100 buah sekolah rendah dimana pelajar-palajar mengalami masalah DYSLEXIA.
Setiap pelajar diberi minyak ikan tinggi dengan EPA (SALMON OIL OMEGA-GOLD), dalam 3bulan sahaja pelajar menunjukan perkembangan positif dari segi membaca,mengeja & perangai mereka juga peningkatan dalam akademik pelajaran mereka.

Schizophrenia
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi.
Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama.
Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.
Istilah “skizofrenia” diterjemah secara kasar sebagai “fikiran berkecai,” dan berasal dari bahasa Greek ????? (schizo, “memecahkan” atau “membahagikan”) dan ???? (phr?n, “minda”). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau “personaliti terpisah – split personality”; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan.
Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.
Post Natal Depression (meroyan – wanita)
Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression – PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak. Kajian menunjukkan kadar berlaku dikalangan wanita antara 5% hingga 25%, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas.
Asid lemak Omega-3: Sesetengah pakar percaya bahawa kemurungan postpartum boleh dikatakan disebabkan kekurangan asid lemak omega-3 dari otak ibu bagi membantu pembentukan otak fetus atau anak menyusu. Ini boleh dielakkan dengan memastiian bekalan asid lemak omega 3 yang mencukupi dalam diet si ibu.[13]
Sumber asid lemak omega 3 semulajadi yang baik termasuk minyak linseed boleh dimakan, sestengah ikan, daging haiwan ragut dan bukannya memakan bijirin, dan telor dari ayam yang diberi makan biji benih flax atau permakanan lain yang tinggi dengan lemak omega 3. Omega 3 juga boleh dibeli dalam bentuk kapsul sebagai permakanan tambahan.
OMEGA 6
• Anti inflammatory (peradangan sendi)
• baik utk wanita sebelum haid
• baik utk kulit, kuku dan rambut.
• kombinasi omega 3 & 6 sgt penting utk kesihatan tubuh badan
• Membantu metabolisma gula di dalam darah
• menurunkan kolesterol
• penyakit Autisme
DENGAN PENERANGAN INI,DAPAT LAH KITA BERKONGSI KHASIAT SALAMON OIL OMEGA-GOLD YANG SUDAH LAMA DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT DIBARAT (UK) SEJAK DARI PERINGKAT IBU MENGANDUNG (FETUS). JIKA DINILAI DENGAN HARGANYA RM80 (60BIJI).BEGITU KECIL KERANA KESIHATAN KITA (ANAK2 & KELUARGA) LEBIH BERERTI. SELAMAT MENCUBA.
Kandungan: 60 biji

Harga Pengedar :
Semenanjung Malaysia - RM80
Sabah & Sarawak - RM82

Harga Pengguna :
Semenanjung Malaysia - RM100
Sabah & Sarawak - RM102

Kod - ZH39
Nilai Mata - 15
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...